Terkini

Homestay di Johor Bahru
Homestay Batu Pahat

Muar

Segamat

Kluang

Kota Tinggi

Mersing

Pontian

Kulai

Recent Posts

Wednesday 22 November 2017

Homestay Dlimes di Taman Delima Kluang Johor

Name:Sharifah Shamsar
Nama Homestay:DLIMES Homestay
No. Tel:013-791-5737
Email:sitibalqisjebrel@yahoo.com
Web Site:https://dlimeshomestay.blogspot.my/
Alamat Homestay:NO 8, JALAN 4/3
TAMAN DELIMA
KLUANG, JOHOR 86000
Malaysia
Mengenai Kami:Ada urusan di sekitar kluang? tapi selalu bermasaalah untuk pilih homestay yang bersesuaian? mungkin kami pilihan anda!

DLIMES Homestay merupakan lokasi yang strategik dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan. Sesuai untuk ahli keluarga atau perseorangan.

lokasi, kemudahan yang kami sediakan serta gambar yang lebih terperinci sila layari >>>> www.dlimeshomestay.blogspot.com
Gambar Bilik:

Gambar Ruang Tamu:
Gambar Dapur
Kadar Sewa:RM140.00
Kemudahan:Rumah teres satu tingkat
  • Parking berbumbung
  • Peralatan memasak dan pinggan mangkuk yang lengkap
  • 3 buah bilik tidur
  • Telivisyen
  • Seterika
  • Mesin basuh
  • Peti sejuk
  • Bantal, selimut
  • 2 katil single satu king size (double decker)
maklumat lanjut sila layari >>>>>
www.delimeshomestay.blogspot.com
Tempat Menarik:
  • 100m ke surau/ tapak masjid
  • ke bandar kluang (2km)
  • ke tol Ayer Hitam (18km)
  • berdekatan Sekolah Menengah Sains Kluang, Kolej Vokasional (3km), Kolej Komuniti Kluang (300m), INTAN(1.5km), Stadium Kluang (4km)
  • berdekatan dengan kedai runcit (jalan kaki)
  • berhadapan dengan padang

Norma's Homestay Taman Sri Bahagia, Tampoi, Johor Bahru


Nama Owner: Noriah Othman
Nama Homestay: Norma's Homestay
No Telefon +60177570727
Alamat No 7, Jalan Sri Bahagia 3
Taman Sri Bahagia, Tampoi,
Johor Bahru
81200 Johor
Malaysia
Email izan0727@gmail.com
Laman Web https://goo.gl/aQCO5F
Mengenai kami Teres 2 tingkat.
4 bilik tidur dan 2 bilik mandi.
Fully aircond dan berperabot lengkap.
Tiada masalah parking.
Berhadapan masjid.
Berdekatan dengan bank, tempat makan, plaza angsana dan uda buisness centre.
Bilik
Ruang Tamu

Dapur
Kadar Sewa RM300.00
Kemudahan Pelbagai kemudahan seperti peti sejuk, dapur gas disediakan
Tempat Menarik
Berada ditengah laluan ke Danga Bay, Country Garden,Tanjung Puteri, Dataran Istana, Plaza Angsana, Bateri, Galeri Glulam dan banyak lagi tempat2 santai yang berdekatan.

Kemudahan di sekeliling dengan deretan kedai2, Gerai makan, Bank2, KFC, 7E yang cukup memberi munafaat.

Tuesday 7 February 2017

Homestay Cikgu Yatie di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor

Name:Cikgu yatie
Nama Homestay:Homestay Cikgu Yatie
No. Tel:016-713-5485
Email:yatiecheya@gmail.com
Web Site:
Alamat Homestay:
11, Jalan Bakti 19
Taman Mutiara Rini,
Skudai Johor Bahru
Malaysia
Kadar Sewa:RM200
Bilik
Ruang Tamu
Dapur
Mengenai Kami:-Terletak berhampiran UTM, skudai, Legoland, JPO, jb town.
-3 bilik 2 bilik air dilengkapi pemanas air
-peralatan memasak yang lengkap, dapur gas, rice cooker, peti ais, pinggan mangkuk, kopi dan gula.
- mesin basuh disediakan
- muat parking 2 biji kereta.
-berdekatan shoplots, kedai makan, dll.

Monday 16 January 2017

Homestay Mutiara di Tangkak, Johor

Homestay di Tangkak, Johor

Name:
En. Azli
Nama Homestay: Mutiara Homestay Tangkak
No. Tel:
013-2157587 (CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM)
010-2137182 (CALL&SMS SAHAJA)
Email: bukit_pulau@yahoo.com
Web Site:
Alamat Homestay:
Jalan Sialang
Tangkak,
Johor
Kadar Sewa:
RM58 Bilik Kipas
RM98 Bilik Aircond
RM148 (Hari Bekerja : Isnin – Khamis)
RM178 (Jumaat,Sabtu,Ahad,Cuti Sekolah Dan Cuti Umum)

Kadar Istimewa Minggun Dan Bulanan
Bilik
Homestay di Tangkak, Johor

Ruang Tamu

Dapur
Homestay di Tangkak, Johor

Mengenai Kami:
Kemudahan yang disediakan
  • rumah teres setingkat
  • parkir untuk 2 kereta  dan berpagar
  • 3 bilik tidur 2 bilik ada aircond 1 bilik kipas
  • 3 bilik air 1 pemanas air
  • 2 katil queen
  • 2 katil single
  • 2 tilam lebih
  • free wifi
  • free simkad jimat*
  • Peti sejuk, kerusi set, meja makan, tv dan njoi, seterika, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, mesin basuh dan kemudahan memasak 
Homestay berdekatan dengan:-
  • Pusat Kain Murah Tangkak  (1km)
  • Kolej Komuniti Ledang  (2.5km)
  • Kolej Matrikulasi Tangkak   (2.5m)
  • Air Terjun Gunung Ledang  (17km)
  • ILP Sagil Tangkak  (10km)
  • Hospital Tangkak   (2km)
  • Tol Tangkak  (2.2km)
  • Smk Tun Mamat  (2km)
  • Smk Ledang   (200m)
  • Sk Ledang   (300m)
  • Bukit Gambir  (22km)
  • Mrsm Jasin & Ikm Jasin  (12km)
  • Kktm Serom (17km)
  • Uitm Jasin  (22km)
  • Uitm Segamat  (43km)
  • Mrsm Muar (38km)
  • Bandar Muar  (25km)
  • Kolam Air Panas Jasin (22km)
  • Taman Tema Air Asahan  (24km)
  • Air Keroh, Melaka  (36km)
  • Taman Ekstrem Chinchin  (7km)
  • Pekan Jementah  (30km)
  • Pusat Latihan Dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi (40km)

Untuk Keterangan Hubungi Azli
013-2157587 (Call/Sms/Whatsapp/Telegram)

010-2137182 (CALL&SMS SAHAJA)

Sunday 18 December 2016

Rumah Tetamu Unos di Taman Tanah Merah, Batu Pahat, Johor



Name: Rumah Tetamu
Nama Homestay: RUMAH TETAMU UNOS BATU PAHAT 
No. Tel: 013-785-9000
Email: rumahtetamu09@yahoo.com
Web Site:
Alamat Homestay: No 9, Jalan Tanah Merah
Taman Tanah Merah
Batu Pahat, Johor 83000
Malaysia
Kadar Sewa: RM200.00
Gambar 
Gambar 
Gambar 
Mengenai Kami: RUMAH TETAMU UNOS BATU PAHAT (RUMAH SEWA HARIAN )

Rumah teres satu tingkat 4 bilik tidur,3 bilik air.

Lokasi : Di tengah-tengah bandar Batu Pahat. Berdekatan dengan Minimarket, The Summit BP, BP Mall, Klinik, 7 eleven, Restoran & Restoran Mamak (24Jam).

Alamat : No 9, Jalan Tanah Merah, 83000 Batu Pahat, Johor

Bilik Tidur :
  • semua 4 bilik tidur dengan penghawa dingin dan kipas siling
  • 3 bilik tidur,katil saiz Queen
  • 1 bilik tidur dengan 3 katil bujang
Bilik Air:
  • 3 bilik air, 2 bilik air dengan pemanas
  • 5 Helai towel disediakan

Kelengkapan lain:
  • Peti sejuk, Set TV dengan ASTRO, 
  • Set meja makan bulat marble dengan 6 kerusi , 
  • Set sofa, set sofa PVC dan set sofa kain, 
  • 2 set kerusi Jati anggor, 
  • Pinggan, mangkuk, gelas dan cawan, Cerek Elektrik, Periuk Elektrik (on request), 
  • Dapor Gas, Peralatan untuk memasak, 
  • Seterika dengan iron board, 
  • tilam bujang extra, toto, buah bantal extra, 
  • 4 helai sajadah, ampaian untuk menjemur pakaian, 
  • Hanger, 
  • Garaj kereta yang luas, 
  • 2 pintu pagar autogate
  • Cadar, sarung bantal, selimut ditukar/ dibasuh/dobi setiap kali tetamu check-out.

Check-In : 2.00 pm
Check-Out : 12.00 tengahari
Other Terms & Conditions:
No Pet, No Smoking
Non muslim juga dialu-alukan


Monday 5 December 2016

Homestay Bajet Batu Pahat di Taman Bukit Perdana Di Tengah Bandar Batu Pahat


Name: Homestay Bajet
Nama Homestay: HOMESTAY BAJET BATU PAHAT 019-7856000
No. Tel: 019-785-6000
Email: homestayperdana@yahoo.com.my
Web Site:
Alamat Homestay: No 12, Jalan Perdana 2
Taman Bukit Perdana
Batu Pahat, Johor 83000
Malaysia
Kadar Sewa: RM85.00
Gambar 
Gambar 
Mengenai Kami: HOMESTAY BAJET BATU PAHAT 019-7856000
(Rumah Sewa Harian)

Di Tengah Bandar Batu Pahat. Berdekatan Dengan Minimarket, The Summit BP, BP Mall, Klinik Swasta, 7 Eleven, Restoran 24 Jam, Hospital Batu Pahat , IPTHO 10 Minit, UTHM 25 Minit, ADTEC 10 Minit, Wetworld 10 Minit

Rumah teres 2 ½ tingkat yang diubahsuai ruang dapornya menjadi homestay bajet yang selesa.

No 12, Jalan Perdana 2, Taman Bukit Perdana, 83000 Batu Pahat, Johor

Kemudahan
1 katil Queen – 2 bantal dan 1 bantal peluk serta selimut
2 Katil Bujang – 2 bantal dan selimut

1 Bilik Air
3 helai towel disediakan

Semua cadar, selimut dan sarung bantal ditukar/dobi setelah tamu check-out

Check-In : 2.00pm

Check-Out : 12.00 tengahari

Kadar Sewa : RM 85.00 semalam.

Hubungi/Whatsapp Unos/Hafsah : 013-7859000 / 019-7856000

Other Terms & Conditions:
No Pet, No Smoking

Sewa untuk jangkamasa mingguan atau sehingga sebulan juga boleh dirundingkan

Latitude : 1.8470836 Longitude : 102.95368970000004
Pintu masuk utama : melalui pintu dapor/pintu belakang

Sunday 4 December 2016

Negeri Johor Darul Ta'zim


Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.


Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri kelima terbesar dalam Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.

Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

Kebudayaan Tradisi Melayu Johor

Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.

Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.

Di Johor juga terdapat beberapa jenis teater tradisional yang dikenali sebagai Hamdolok, Wayang Wong, Ketoprak dan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa).

Pakaian tradisional Johor termasuk:

Baju Teluk Belanga
Baju cekak musang
Kurung Johor
Kurung Riau
Belah kebaya panjang

Program marhaban a.k.a bara'an :(Perkataan marhaban itu sendiri merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud 'selamat datang'. Boleh dikatakan sebagai mengalu-alukan kedatangan para tetamu berkunjung ke rumah. Masyarakat Jawa sering dikaitkan dengan Bara’an. " Bara'an" maksudnya Berarak sambil bermarhaban) amat sinonim dengan budaya masyarakat Melayu di Johor ketika di bulan Syawal. Ianya disambut selama sebulan Aidilfitri dari 1 Syawal hingga 30 Syawal. Rombongan marhaban (biasanya lebih 10 orang) akan berkunjung dari rumah ke rumah dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan alunan lagu yang tersendiri. Marhaban biasanya diadakan dari rumah ke rumah, di adakan di kampung, di taman perumahan, marhaban sekolah, marhaban kawan sepejabat dan marhaban bersama keluarga.

Makanan Tradisi Masyarakat Melayu Johor

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.

Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:

Laksa Johor: makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa Pulau Pinang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya. Mi Laksa yang digunakan berbentuk spagheti.

Mi bandung: juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah. Kebiasaanya mi bandung ini diletakkan udang kering bagi menaikkan aroma dan rasa.

Mi rebus:adalah makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan.

Telur pindang: amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.

Roti Kirai/Roti Jala :Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan bersama.

Otak-otak :Antara otak-otak yang terkenal adalah ‘otak-otak Kempas’ dan ‘otak-otak Gelang Patah’.
Nasi beriani Gam:Amat terkenal di daerah Batu Pahat. Makanan ini dipengaruhi oleh India kerana terdapat kisah seorang India Muslim telah memperkenalkan masakan ini dan akhirnya menjadi makanan tradisional negeri ini pada awal 1900 M.

Soto:Boleh dimakan dengan mee mahupun nasi empet yang disertai dengan kuah sup dan sambal kicap.
Burasak:sejenis makanan orang-orang Bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.

Nasi Ambeng : Pengaruh masakan Jawa sangat kuat dan juga banyak menyumbang kepada masakan Johor. Antaranya nasi ambeng, lontong dan ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Hidangan ini biasanya di sediakan untuk empat orang yang akan makan di dalam satu hidangan yang sama di mana terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa, mi, iakan kering dan sebagainya.

Halwa Maskat : Makanan ini dipercayai merupakan hidangan pencuci mulut yang berasal dari Oman, dan turut menjadi tradisi Masyarakat Banjar. Manisan ini diperbuat daripada tepung yang dibasuh dan ditapis untuk mendapatkan pati tepung sebelum di peram selama 3 hari sebelum di masak di atas dapur, ia digaulkan bersama minyak sapi dan kismis, hidangan ini sangat rumit disediakan tetapi sangat unik dan sedap dimakan, ia sangat sukar ditemui kini kerana kerumitan membuatnya dan tiada lagi generasi kini yang ingin belajar membuat hidangan ini.

Kerutup Ikan
Asam pedas daun kesum
Pecal
Tauhu bakar
Pendaram
Rojak petis
Air Katira
Kacang pol
Wajik Sirat
Pisang Salai
Lontong
Botok-botok
Rojak Asma
Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil).

Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:

Desaru: Memiliki pantai-pantai yang cantik dan permai serta padang golf di pantai yang menghadap Laut China Selatan;


Johor Bahru': Merupakan syurga membeli-belah bagi rakyat tempatan dan Singapura, mempunyai gedung-gedung membeli-belah yang banyak di sekitar bandaraya dan taman-taman tema yang bertaraf dunia seperti Legoland Malaysia, Puteri Harbour Family Theme Park , Angry Birds Activity Park Johor Bahru, KSL Dinosaur Water Park in Johor, Austin Water Park, Six Flags (Akan datang)


Kota Tinggi: Meyimpan banyak tinggalan sejarah dan mempunyai air terjun yang ketinggianya 34 meter.
Kukup: Merupakan sebuah kampung nelayan dengan restoran-restoran makanan laut yang dibina diatas laut dan mempunyai sebuah jeti di Serkat untuk ke Tanjung Balai dan Kota Batam di Indonesia
Muar: Sebuah Bandar Di-Raja yang cantik di tebing Sungai Muar dan nikmatilah keindahan Bandar Di-Raja ini dengan menelusuri Sungai Muar dengan menaiki bot pelancong di Tanjung Emas.
Tanjung Piai: Merupakan tanah yang paling selatan atau yang paling hujung di benua Asia.(Southernmost Tip of Mainland Asia)

Sagil , Tangkak: Terletaknya Gunung Ledang, merupakan puncak yang tertinggi (1276m) di Negeri Johor dan air terjun yang mendamaikan di kaki gunung.

Mersing: Mempunyai lebih 7 pulau-pulau yang cantik dan pantai berpasir yang menawan, sangat sesuai untuk akitiviti bersama keluarga di hujung minggu atau cuti umum.
Kulai

Ayer Hitam: Terkenal dengan tempat membeli-belah barangan tembikar, kraftangan, pasu, patung mainan dan macam-macam lagi. Selain tu, Ayer Hitam juga popular dengan pusat menjual barangan perkahwinan sepertimana yang terdapat di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:

Taman Negara Endau-Rompin
Taman Negara Gunung Ledang
Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Pulau Kukup
Taman Negara Johor Kepulauan Mersing
Hutan Lipur Gunung Pulai
Hutan Lipur Gunung Arong
Hutan Lipur Gunung Lambak
Hutan Lipur Gunung Belumut (Moss Mountain)

Hutan Lipur Gunung Panti.

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu
Homestay di Johor

Featured post

Negeri Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan ...

Kereta Sewa di Melaka