Terkini

Sunday 4 December 2016

Negeri Johor Darul Ta'zim


Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.


Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri kelima terbesar dalam Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.

Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

Kebudayaan Tradisi Melayu Johor

Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.

Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.

Di Johor juga terdapat beberapa jenis teater tradisional yang dikenali sebagai Hamdolok, Wayang Wong, Ketoprak dan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa).

Pakaian tradisional Johor termasuk:

Baju Teluk Belanga
Baju cekak musang
Kurung Johor
Kurung Riau
Belah kebaya panjang

Program marhaban a.k.a bara'an :(Perkataan marhaban itu sendiri merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud 'selamat datang'. Boleh dikatakan sebagai mengalu-alukan kedatangan para tetamu berkunjung ke rumah. Masyarakat Jawa sering dikaitkan dengan Bara’an. " Bara'an" maksudnya Berarak sambil bermarhaban) amat sinonim dengan budaya masyarakat Melayu di Johor ketika di bulan Syawal. Ianya disambut selama sebulan Aidilfitri dari 1 Syawal hingga 30 Syawal. Rombongan marhaban (biasanya lebih 10 orang) akan berkunjung dari rumah ke rumah dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan alunan lagu yang tersendiri. Marhaban biasanya diadakan dari rumah ke rumah, di adakan di kampung, di taman perumahan, marhaban sekolah, marhaban kawan sepejabat dan marhaban bersama keluarga.

Makanan Tradisi Masyarakat Melayu Johor

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.

Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:

Laksa Johor: makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa Pulau Pinang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya. Mi Laksa yang digunakan berbentuk spagheti.

Mi bandung: juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah. Kebiasaanya mi bandung ini diletakkan udang kering bagi menaikkan aroma dan rasa.

Mi rebus:adalah makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan.

Telur pindang: amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.

Roti Kirai/Roti Jala :Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan bersama.

Otak-otak :Antara otak-otak yang terkenal adalah ‘otak-otak Kempas’ dan ‘otak-otak Gelang Patah’.
Nasi beriani Gam:Amat terkenal di daerah Batu Pahat. Makanan ini dipengaruhi oleh India kerana terdapat kisah seorang India Muslim telah memperkenalkan masakan ini dan akhirnya menjadi makanan tradisional negeri ini pada awal 1900 M.

Soto:Boleh dimakan dengan mee mahupun nasi empet yang disertai dengan kuah sup dan sambal kicap.
Burasak:sejenis makanan orang-orang Bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.

Nasi Ambeng : Pengaruh masakan Jawa sangat kuat dan juga banyak menyumbang kepada masakan Johor. Antaranya nasi ambeng, lontong dan ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Hidangan ini biasanya di sediakan untuk empat orang yang akan makan di dalam satu hidangan yang sama di mana terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa, mi, iakan kering dan sebagainya.

Halwa Maskat : Makanan ini dipercayai merupakan hidangan pencuci mulut yang berasal dari Oman, dan turut menjadi tradisi Masyarakat Banjar. Manisan ini diperbuat daripada tepung yang dibasuh dan ditapis untuk mendapatkan pati tepung sebelum di peram selama 3 hari sebelum di masak di atas dapur, ia digaulkan bersama minyak sapi dan kismis, hidangan ini sangat rumit disediakan tetapi sangat unik dan sedap dimakan, ia sangat sukar ditemui kini kerana kerumitan membuatnya dan tiada lagi generasi kini yang ingin belajar membuat hidangan ini.

Kerutup Ikan
Asam pedas daun kesum
Pecal
Tauhu bakar
Pendaram
Rojak petis
Air Katira
Kacang pol
Wajik Sirat
Pisang Salai
Lontong
Botok-botok
Rojak Asma
Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil).

Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:

Desaru: Memiliki pantai-pantai yang cantik dan permai serta padang golf di pantai yang menghadap Laut China Selatan;


Johor Bahru': Merupakan syurga membeli-belah bagi rakyat tempatan dan Singapura, mempunyai gedung-gedung membeli-belah yang banyak di sekitar bandaraya dan taman-taman tema yang bertaraf dunia seperti Legoland Malaysia, Puteri Harbour Family Theme Park , Angry Birds Activity Park Johor Bahru, KSL Dinosaur Water Park in Johor, Austin Water Park, Six Flags (Akan datang)


Kota Tinggi: Meyimpan banyak tinggalan sejarah dan mempunyai air terjun yang ketinggianya 34 meter.
Kukup: Merupakan sebuah kampung nelayan dengan restoran-restoran makanan laut yang dibina diatas laut dan mempunyai sebuah jeti di Serkat untuk ke Tanjung Balai dan Kota Batam di Indonesia
Muar: Sebuah Bandar Di-Raja yang cantik di tebing Sungai Muar dan nikmatilah keindahan Bandar Di-Raja ini dengan menelusuri Sungai Muar dengan menaiki bot pelancong di Tanjung Emas.
Tanjung Piai: Merupakan tanah yang paling selatan atau yang paling hujung di benua Asia.(Southernmost Tip of Mainland Asia)

Sagil , Tangkak: Terletaknya Gunung Ledang, merupakan puncak yang tertinggi (1276m) di Negeri Johor dan air terjun yang mendamaikan di kaki gunung.

Mersing: Mempunyai lebih 7 pulau-pulau yang cantik dan pantai berpasir yang menawan, sangat sesuai untuk akitiviti bersama keluarga di hujung minggu atau cuti umum.
Kulai

Ayer Hitam: Terkenal dengan tempat membeli-belah barangan tembikar, kraftangan, pasu, patung mainan dan macam-macam lagi. Selain tu, Ayer Hitam juga popular dengan pusat menjual barangan perkahwinan sepertimana yang terdapat di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:

Taman Negara Endau-Rompin
Taman Negara Gunung Ledang
Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Pulau Kukup
Taman Negara Johor Kepulauan Mersing
Hutan Lipur Gunung Pulai
Hutan Lipur Gunung Arong
Hutan Lipur Gunung Lambak
Hutan Lipur Gunung Belumut (Moss Mountain)

Hutan Lipur Gunung Panti.

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu

No comments:

Post a Comment

Featured post

Negeri Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan ...

Kereta Sewa di Melaka